ASAS pelanggan Telekom Malaysia Bhd (TM) kini mencecah dua juta sekali gus mencerminkan peningkatan penerimaan jalur lebar TM di negara ini.
RANGKAIAN Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd (TM) mengetepikan rangkaian jalur lebar nasional (NBN) lain yang sedang dilaksanakan di rantau ini seperti saingannya, Rangkaian Jalur Lebar Negara Generasi Akan Datang (NGNBN) Singapura, Australia dan New Zealand.
TELEKOM Malaysia Berhad (TM) menyasarkan keuntungan pendapatan sebanyak RM2 juta menerusi pengenalan produk terbarunya SmartBiz yang menggabungkan penyelesaian perkhidmatan aplikasi VPN (Virtual Private Network) dengan perkhidmatan Internet terurus tahun ini. Klik untuk besarkan gambar [adsenseyu6] Naib Presiden Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) TM, Azizi A Hadi berkata, produk terbaru itu adalah rangkaian dan jalinan kerjasama […]
TELEKOM Malaysia Bhd (TM) menyasarkan mencapai 400,000 asas pelanggan untuk perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tingginya, UniFi, menjelang akhir tahun ini selepas jumlah asas pelanggannya meningkat dengan ketara melepasi 300,000 pengguna semalam. Klik untuk besarkan gambar [adsenseyu7] Naib Presiden Eksekutif Pengguna TM, Imri Mokthar berkata, pihaknya menjangkakan penerimaan UniFi yang dilancarkan sejak 24 Mac 2010 akan […]
TELEKOM Malaysia Bhd (TM) menyasarkan pertumbuhan 10 peratus pelanggan dalam segmen pemain perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bersandarkan pelaksanaan beberapa inisiatif yang mampu menarik golongan itu menjadi pelanggannya pada tahun ini. [adsenseyu6] Sehubungan itu, TM yang kini memiliki 494,000 pelanggan dalam segmen berkenaan akan mengadakan pameran PKS, SME Bizfest 2012 di tiga lokasi iaitu Pulau […]
TELEKOM Malaysia Bhd (TM) mengunjurkan lebih 1.3 juta premis sedia dipasang dengan prasarana perkhidmatan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi berasaskan talian optik gentian (HSBB) UNIFI menjelang akhir tahun ini berbanding 1.1 juta premis sedia ada sekarang.
KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd (TM) menerima anugerah Organisasi ICT Terbaik pada majlis makan malam ulangtahun ke-25 PIKOM dan anugerah kepimpinan ICT 2011 di sini.
TELEKOM Malaysia Berhad (TM) menyasarkan 1.1 juta premis akan menggunakan UniFi iaitu perkhidmatan capaian data Internet berasaskan talian optik gentian menjelang akhir tahun ini.