KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd (TM) menerima anugerah Organisasi ICT Terbaik pada majlis makan malam ulangtahun ke-25 PIKOM dan anugerah kepimpinan ICT 2011 di sini.
[adsenseyu6] | ![]() |
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, TM berkata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa juga dipilih sebagai Personaliti ICT Terbaik tahun ini.
Telekom Malaysia penyedia penyelesaian komunikasi bersepadu
“Anugerah ini akan memberi motivasi kepada kami untuk terus menambah baik perkhidmatan dan nilai kepada pelanggan kami setelah mereka terus mengukuhkan kedudukan TM sebagai penyedia penyelesaian komunikasi bersepadu utama di Malaysia dan juga juara jalur lebar negara,” kata Zamzamzairani.
TM berkata ia kini di peringkat berikutnya untuk meningkatkan perkhidmatan semasa dengan aplikasi inovatif bagi menyediakan pengalaman pelanggan yang hebat sama ada dengan perkhidmatan dan produk pengguna atau tawaran perniagaan.
Diadakan sempena sambutan ke-25 tahun PIKOM dalam menerajui industri ICT, Anugerah Kepimpinan ICT, yang diwujudkan pada 2008, menghargai individu dan syarikat yang menunjukkan amalan terbaik ICT dalam industri mereka dengan komitmen dan strategi perniagaan inovatif diperlukan untuk berkembang di Malaysia dan dan peringkat dunia.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili. -sinar harian