TELEKOM Malaysia Bhd (TM) menyasarkan mencapai 400,000 asas pelanggan untuk perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tingginya, UniFi, menjelang akhir tahun ini selepas jumlah asas pelanggannya meningkat dengan ketara melepasi 300,000 pengguna semalam.
![]() |
[adsenseyu7] |
Naib Presiden Eksekutif Pengguna TM, Imri Mokthar berkata, pihaknya menjangkakan penerimaan UniFi yang dilancarkan sejak 24 Mac 2010 akan terus meningkat kepada 50 peratus daripada jumlah premis sedia dipasang dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
“Tahun ini menandakan ulang tahun kedua UniFi dan ia kini mencatatkan kadar penerimaan lebih 20 peratus daripada jumlah premis sedia dipasang, melangkaui anggaran dan jangkaan awal iaitu pada kadar 8 hingga 10 peratus daripada jumlah premis sedia dipasang,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Promosi Naik Taraf Unifi & Streamyx
Beliau berkata, sempena ulang tahun kedua itu, UniFi mengadakan promosi naik taraf jalur lebar dikenali sebagai ‘Superspeed Me’, membolehkan semua pelanggan UniFi dan Streamyx menaik taraf pakej jalur lebar sedia ada.
“Superspeed Me adalah pakej dengan tahap kelajuan Internet yang lebih pantas mengikut kehendak masing-masing sambil menikmati kelajuan lebih pantas pada harga pakej serendah RM90 untuk tiga bulan pertama. Selain itu, mereka diberikan 1,000 mata ganjaran dengan hanya menjadi ahli Program Mata Ganjaran TM Rewards,” katanya. -hmetro
Unifi di Kelantan
Untuk pengetahuan pelawat, perkhidmatan UniFi masih tidak terdapat di Kelantan! Dijangkakan perkhidmatan ini akan dibawa masuk pada tahun 2013.
2 juta langgan jalur lebar TM - ejoeSolutions
23/05/2012[…] adalah satu lagi mercu tanda signifikan selepas mencapai 300,000 pelanggan bagi perkhidmatan UniFinya dua bulan […]