TELEKOM Malaysia Berhad (TM) menyasarkan 1.1 juta premis akan menggunakan UniFi iaitu perkhidmatan capaian data Internet berasaskan talian optik gentian menjelang akhir tahun ini.

Klik untuk besarkan gambar
unifi tm [adsenseyu7]

Naib Presiden Eksekutif Pengguna TM, Imri Mokhtar berkata, sehingga ini, sejuta premis sudah menggunakan perkhidmatan berkenaan dan yakin sasaran itu dapat dicapai walaupun hanya tinggal sebulan setengah saja lagi untuk ke penghujung tahun.

“Kami bersedia memenuhi komitmen sebegitu terutama dalam perjanjian usahasama awam-swasta (PPP) dengan kerajaan untuk memasang 1.1 juta premis dengan kemudahan itu tahun ini,” katanya selepas melancarkan Program Mata Ganjaran TM Rewards dalam siri jelajah TM Presents Everyone Connect with MyFM 2011, di Seri Kembangan, Selangor, kelmarin.

Hadir sama, Pengurus Besar Pengurusan Perhubungan Pelanggan TM, Muslimah Simo. – hmetro

Unifi di Kelantan

Untuk pengetahuan pelawat, perkhidmatan UniFi masih tidak terdapat di Kelantan! Dijangkakan perkhidmatan ini akan dibawa masuk pada tahun 2013.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *