RANGKAIAN Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd (TM) mengetepikan rangkaian jalur lebar nasional (NBN) lain yang sedang dilaksanakan di rantau ini seperti saingannya, Rangkaian Jalur Lebar Negara Generasi Akan Datang (NGNBN) Singapura, Australia dan New Zealand.
[adsenseyu6] | ![]() |
Menurut firma penyelidikan industri telekomunikasi, Informa Telecoms & Media (ITM), projek HSBB, usaha sama 70:30 antara TM dan kerajaan, mempunyai 310,000 pelanggan pada April dan melepasi 1.2 juta premis di negara yang mempunyai rangkaian yang dijangka siap pada masanya dan dalam bajet yang ditetapkan.
Jalur Lebar Malaysia
“Penugasan HSBB berjalan lancar di Malaysia dan sudah ada perbincangan untuk meneruskan rangkaian itu melepasi sasaran asal sebanyak 20 peratus daripada jumlah kediaman dalam negara dengan mengembangkannya ke kawasan di luar Lembah Klang, berdasarkan minat kukuh daripada beberapa kerajaan negeri yang mahukan HSBB diperluaskan ke negeri masing-masing,” kata ITM yang beribu pejabat di London.
Kemajuan HSBB kini ke hadapan berbanding NGNBN Singapura yang hanya sekitar 130,000 pelanggan setakat ini walaupun penugasannya sudah hampir meliputi 90 peratus bangunan di bandar raya itu, namun masih tidak disediakan kepada majoriti isi rumah berikutan kelewatan dalam menyiapkan pendawaian dalam bangunan.
Sementara itu, penugasan rangkaian dalam pasaran Australia dan New Zealand jauh ketinggalan dengan syarikat milik negara Australia NBN (A$43 bilion) yang penuh dengan kontroversi, hanya mempunyai 7,000 pelanggan manakala penugasan Jalur Lebar Ultra Pantas New Zealand hanya mempunyai sekitar 500 pelanggan ketika ini. – Bernama
ejoeSolutions Harga Internet perlu lebih rendah » ejoeSolutions
17/08/2013[…] Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) berpendapat harga langganan internet dan jalur lebar perlu lebih rendah di negara […]