ASAS pelanggan Telekom Malaysia Bhd (TM) kini mencecah dua juta sekali gus mencerminkan peningkatan penerimaan jalur lebar TM di negara ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] jalur lebar High Speed Broadband tm

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, pencapaian itu akan membuka jalan untuk memenuhi sasaran kadar penembusan 75 peratus jalur lebar di bawah agenda Jalur Lebar Negara.

“Ini adalah satu lagi mercu tanda signifikan selepas mencapai 300,000 pelanggan bagi perkhidmatan UniFinya dua bulan lalu.

Jalur lebar TM Streamyx & Unifi

“Sehingga ini, TM mempunyai lebih 1.64 juta pelanggan bagi Jalur Lebar bagi Penduduk Umum (BBGP) di bawah jenama Streamyx, manakala perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan tingginya (HSBB), UniFi, mencatatkan lebih 359,000 pelanggan. “TM memainkan peranan penting memenuhi agenda ini apabila syarikat kini menyumbang lebih 40 peratus daripada penembusan jalur lebar negara,” katanya. -hmetro

Unifi di Kelantan

Untuk pengetahuan pelawat, perkhidmatan UniFi masih tidak terdapat di Kelantan! Dijangkakan perkhidmatan ini akan dibawa masuk pada tahun 2013.

admin
admin

1 Comment

  1. ejoeSolutions Sarawak miliki 123,200 pelanggan jalur lebar » ejoeSolutions
    19/08/2013

    […] Menjadi Lebih Mudah” kepada penduduk Sarawak, kini mempunyai lebih 123 ribu pelanggan jalur lebar di negeri itu. Mereka menggunakan kira-kira 62 peratus kapasiti jalur lebar yang ada di negeri […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *