TELEKOM Malaysia Bhd (TM) menyasarkan pertumbuhan 10 peratus pelanggan dalam segmen pemain perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bersandarkan pelaksanaan beberapa inisiatif yang mampu menarik golongan itu menjadi pelanggannya pada tahun ini.

[adsenseyu6] tm

Sehubungan itu, TM yang kini memiliki 494,000 pelanggan dalam segmen berkenaan akan mengadakan pameran PKS, SME Bizfest 2012 di tiga lokasi iaitu Pulau Pinang (13 hingga 14 April), Johor Bahru (11 hingga 12 Mei) dan Petaling Jaya (18 hingga 19 Mei) tahun ini.

Timbalan Presiden Eksekutif PKS TM, Azizi A Hadi berkata, acara berkenaan dijangka mempunyai nilai pelaburan melebihi RM500,000 membolehkan 30 hingga 40 peserta PKS mempromosikan produk serta mendapat pendidikan dalam pengurusan perniagaan.

Katanya, SME Bizfest 2012 yang dijangka menjadi acara tahunan turut menyediakan peluang padanan perniagaan di kalangan peserta yang terbabit dan pada masa sama membantu golongan berkenaan menjana pendapatan.

“TM optimis dalam tempoh berlangsungnya SME Bizfest 2012, RM1 juta transaksi dapat dijana apabila membabitkan interaksi perniagaan di kalangan peserta PKS dari seluruh negara. Memandangkan acara ini pertama kali dilaksanakan TM, kita tidak dapat mengunjurkan nilai transaksi yang tepat.

“Siri acara ini dijangka dapat menarik lebih 500,000 komuniti PKS di Malaysia yang pastinya memerlukan penyelesaian ICT untuk memperbaiki dan mempertingkatkan operasi perniagaan mereka,” katanya pada majlis pelancaran SME Bizfest 2012 di Kuala Lumpur, semalam. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *