TELEKOM Malaysia Bhd (TM) mengunjurkan lebih 1.3 juta premis sedia dipasang dengan prasarana perkhidmatan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi berasaskan talian optik gentian (HSBB) UNIFI menjelang akhir tahun ini berbanding 1.1 juta premis sedia ada sekarang.

Klik untuk besarkan gambar
unifi tm [adsenseyu7]

Pada masa sama, peningkatan angka itu turut menjurus kepada perluasan perkhidmatan UniFinya ke 98 kawasan daripada 78 kawasan sedia ada di sekitar Lembah Klang, kawasan pembangunan ekonomi dan perindustrian di seluruh negara.

Naib Presiden Eksekutif SMEnya, Aziz A Hadi berkata, lebih 20 peratus daripada 1.1 juta premis sedia dipasang itu sudah digunakan oleh pengguna yang boleh mendapatkan perkhidmatan UniFi di kawasan berkenaan dengan mudah.

Unifi di kawasan perumahan

Katanya, peningkatan ini didorong oleh usaha TM melaksanakan kerjasama dengan pemaju hartanah untuk mewujudkan perkhidmatan UniFi di kawasan perumahan dan industri. “Kami bercadang untuk bekerjasama dengan 20 pemaju hartanah di seluruh negara yang membangunkan pelbagai projek pembangunan hartanah pada tahun ini, dan setakat ini 11 kerjasama sudah dijalin dengan pemaju hartanah. Selain itu, TM berhasrat untuk mengembangkan perkhidmatan ini di Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Johor dan paling ketara di kawasan Lembah Klang.

“Usaha sama ini membolehkan orang ramai dan pemain perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat perkhidmatan UniFi di kawasan perumahan dan tempat mereka menjalankan operasi perniagaan dengan mudah,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian HSBB dengan pemaju hartanah BHL Group Of Companies (BHL Group) di Kuala Lumpur, semalam.

TM yang diwakili Aziz dan BHL Group diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Lim Boo Kian bagi projek pembangunan di USJ One Park di Subang Jaya, Kl Palace Court di Kuchai, Jalan Klang Lama dan di Cheras.

“UniFi ditawarkan sebagai perkhidmatan tiga serangkai yang terdiri daripada Internet berkelajuan tinggi, video (Televisyen Protokol Internet atau IPTV dan suara dengan kelajuan daripada lima mega bit sesaat (Mbps) sehingga 20 Mbps melalui teknologi gentian kepada rumah (FTTH),” katanya ketika ditemui.

Unifi di Kelantan

Untuk pengetahuan pelawat, perkhidmatan UniFi masih tidak terdapat di Kelantan! Dijangkakan perkhidmatan ini akan dibawa masuk pada tahun 2013.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *