Apple Inc sedang menjalankan eksperimen terhadap peranti iWatch dengan reka bentuk seperti jam tangan yang akan menggunakan platform yang sama dengan iPhone dan akan dibuat dengan kaca melengkung, demikian mengikut laporan New York Times.
Kuala Lumpur: Altobridge (www. altobridge.com), pakar teknologi pengurangan kos penghantaran komunikasi mudah alih yang berpangkalan di Ireland, mengumumkan satu kontrak utama dengan Maxis Berhad bagi membekalkan perkhidmatan komunikasi generasi ketiga Maxis 3G berkos sangat rendah kepada penduduk luar bandar di seluruh Malaysia.
Backlink adalah mana-mana link yang diterima oleh sesuatu laman web. Ia sangat penting untuk meningkatkan trafik pelawat. Laman web yang mempunyai isi yang menarik serta bermaklumat biasanya akan mendapat backlink yang banyak dan akan meningkatkan Page Rank (PR) laman web. Apabila PR makin tinggi, maka setiap kali post atau update post tersebut, content kita akan diberikan […]
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia yang ke-19. UMK ialah Universiti berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.
UniFi, Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan kejayaan cemerlang di awal tahun 2013 apabila melepasi jumlah langganan seramai 500,000 pelanggan baru-baru ini.
Peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Bhd (Maxis) membuka tirai 2013 dengan satu lagi pencapaian membanggakan apabila melancarkan perkhidmatan Maxis 4G LTE.
KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka mencatatkan perolehan RM100 juta hasil perjanjian perlesenan selama lima tahun dengan Nexus Protocol Ltd untuk memasarkan empat produk berasaskan teknologi maklumat (IT) di Eropah.
Kuala Lumpur: Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) mengunjurkan peningkatan gaji golongan profesional ICT tempatan 10 peratus kepada RM7,598 berbanding RM6,908 pada 2011 berikutan perkembangan sektor ICT negara dijangka melonjak 10 peratus pada 2013.
Washington: Google menarik balik aplikasi ‘Make Me Asian’, iaitu aplikasi telefon pintar yang membolehkan pengguna menukar rupa paras mereka kepada orang Asia. Ia rentetan daripada kemarahan aktivis Asia Amerika yang menyifatkan permainan itu sebagai suatu stereotaip penghinaan.
Alabama: Kementerian Pelajaran menyasarkan semua 10,066 sekolah akan dilengkapi kemudahan internet WiFi 4G dalam tempoh setahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini sebahagian sekolah sudah dilengkapi WiFi, dan kemudahan itu serta peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) lain akan diperluaskan menerusi program Transformasi Pendidikan Negara.