UniFi, Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan kejayaan cemerlang di awal tahun 2013 apabila melepasi jumlah langganan seramai 500,000 pelanggan baru-baru ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] pakej unifi

Naib Presiden Eksekutif Pengguna TM, Imri Mokhtar berkata, pihaknya gembira kerana produk utamanya ini menjadi peneraju pasaran jalur lebar domestik. “Ini berita terbaik untuk meraikan tahun baru, dan tahun 2012 merupakan tahun yang cemerlang bagi kami dari segi pertumbuhan langganan UniFi dan kami akan terus mengekalkan momentum ini untuk tahun 2013.

“Kejayaan ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi. Ia juga selari dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah untuk pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Menurutnya, UniFi tidak hanya dilihat sebagai membawa transformasi dan mengubah gaya hidup warga Malaysia, malah menjadi sesuatu yang penting untuk memperkaya syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif SME TM, Azizi A Hadi berkata, TM kini telah melangkaui peranannya sebagai pembekal perkhidmatan dan mengambil peranan yang lebih pro aktif sebagai rakan kongsi PKS yang diyakini menerusi usaha berterusan dalam meningkatkan daya saing PKS -sinar harian

Unifi di Kelantan

Untuk pengetahuan pelawat, perkhidmatan UniFi masih tidak terdapat di Kelantan! Dijangkakan perkhidmatan ini akan dibawa masuk pada tahun 2013.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *