TELEKOM Malaysia Berhad (TM) bakal menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) unifi bagi pembangunan perumahan milik Temasya Development Co Sdn Bhd (Temasya) di Bandar Glenmarie, Seksyen U1, Shah Alam.
TELEKOM Malaysia Bhd (TM) mencatatkan hasil sebanyak RM2.42 bilion bagi suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2013, iaitu 1.7 peratus lebih tinggi berbanding RM2.38 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu. Menurut TM, pertumbuhan itu disebabkan perkhidmatan internet dan data, khususnya khidmat jalur lebarnya iaitu UniFi.
Pembangunan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd (TM) atau UniFi, mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan sejumlah 1.377 juta premis sudah memperoleh rangkaian liputan perkhidmatan berkenaan setakat akhir 2012.
UniFi, Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan kejayaan cemerlang di awal tahun 2013 apabila melepasi jumlah langganan seramai 500,000 pelanggan baru-baru ini.
Perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi, Telekom Malaysia Bhd (TM) bakal membawa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai dengan sambungan dipertingkatkan dan mampu milik.
Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Bhd (TM) memperkenalkan dua pakej UniFi BIZ baru dengan kelajuan akses data tertinggi di negara ini, iaitu BIZ50 (50Mbps) dan BIZ30 (30Mbps), khusus untuk pengusaha perniagaan tempatan.