Perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi, Telekom Malaysia Bhd (TM) bakal membawa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai dengan sambungan dipertingkatkan dan mampu milik.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] pakej unifi

TM memperkenalkan tahap kelajuan UniFi yang lebih tinggi (30Mbps dan 50Mbps) dan juga penawaran Televisyen Protokol Internet (IPTV) sebagai sebahagian daripada pakej UniFi untuk Perniagaannya (UniFi BIZ).

Naib Presiden Eksekutif, SME, TM Azizi A Hadi, berkata, dengan peningkatan ini, PKS bakal mampu memaksimumkan aplikasi dan perkhidmatan atas talian menerusi rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi TM pada harga mampu milik.

“Sambungan jalur lebar lebih pantas membolehkan PKS nikmati pengalaman lebih baik melakukan aktiviti perniagaan di internet.

“Di peringkat global, usahawan boleh memanfaatkan internet untuk meneroka peluang pasaran baru. Justeru, perniagaan memerlukan jalur lebar kelajuan dan keselamatan sambungan yang lebih tinggi bagi mengeksploitasi sepenuhnya kuasa internet dan perkhidmatan pengkomputeran awan,” katanya.

UniFi berada di 94 kawasan meliputi, lebih 1.32 juta premis sedia dipasang termasuk kawasan ekonomi dan zon perindustrian di Lembah Klang, Cyberjaya, Putrajaya, Kulim Hi-Tech Park dan Iskandar Malaysia. -sinarharian

Unifi di Kelantan

Untuk pengetahuan pelawat, perkhidmatan UniFi masih tidak terdapat di Kelantan! Dijangkakan perkhidmatan ini akan dibawa masuk pada tahun 2013.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *