Pembangunan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd (TM) atau UniFi, mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan sejumlah 1.377 juta premis sudah memperoleh rangkaian liputan perkhidmatan berkenaan setakat akhir 2012.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] pakej unifi

Ia sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan TM untuk melengkapkan 1.3 juta premis dengan rangkaian akses gentian fiber optik itu menjelang akhir tahun lalu. Pengerusi TM, Datuk Sri Dr Halim Shafie, berkata berikutan kejayaan itu, HSBB, iaitu projek yang dilancarkan sebagai sebahagian inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) kini diiktiraf sebagai salah satu pelaksanaan projek jalur lebar terpantas di dunia.

Katanya, projek itu turut melonjakkan nama Malaysia sebagai negara yang mempunyai bilangan pelanggan jalur lebar berkelajuan tinggi yang paling tinggi di Asia Tenggara dan Asia Pasifik. “Sejak pelancarannya, perkhidmatan UniFi kini makin berkembang pesat dengan lebih 517,000 pelanggan sedang menikmati gaya hidup terkini dengan perkhidmatan UniFi TM.

“Kami (TM) juga telah memenuhi mandat yang diberikan di bawah usaha sama Awam-Swasta (PPP) yang dimeterai dengan kerajaan untuk melaksanakan HSBB mengikut bajet dan jadual yang ditetapkan,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra warga TM bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur semalam.

Pelaksanaan projek HSBB itu menelan kos keseluruhan RM11.2 bilion yang mana sejumlah RM2.4 bilion dibiayai dana kerajaan. Halim berkata, TM juga komited untuk terus mendokong hasrat kerajaan dalam meningkatkan lagi jangkauan kadar penembusan jalur lebar di negara ini. -bharian

Unifi di Kelantan

Untuk pengetahuan pelawat, perkhidmatan UniFi masih tidak terdapat di Kelantan! Dijangkakan perkhidmatan ini akan dibawa masuk pada tahun 2013.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *