Kepentingan Backlink kepada laman web
Backlink adalah mana-mana link yang diterima oleh sesuatu laman web. Ia sangat penting untuk meningkatkan trafik pelawat. Laman web yang mempunyai isi yang menarik serta bermaklumat biasanya akan mendapat backlink yang banyak dan akan meningkatkan Page Rank (PR) laman web. Apabila PR makin tinggi, maka setiap kali post atau update post tersebut, content kita akan diberikan keutamaan untuk berada di 1st page search engine bagi kata kunci (keyword) tertentu.
[adsenseyu6] | ![]() |
Backlink yang berkualiti datangnya dari laman web yang mempunyai PR tinggi. Laman web yang mendapat backlink dari laman web kerajaan (.gov) atau pendidikan (.edu) mendapat reputasi tinggi dan mempunyai kelebihan kerana tidak ramai yang mendapat backlink dari laman tersebut.
Jenis backlink
Backlink terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Internal link
Link dari site yang sama. Contohnya:- laman web ejoeSolutions mempunyai post WEB DESIGN dan post WEB HOSTING ,internal link berlaku apabila di post WEB HOSTING terdapat juga link dari post WEB DESIGN.
2. External link
Link dari laman web lain ke di laman web kita. Contohnya:- http://www.kelantantv.my/ yang mempunyai pautan ke laman web ejoeSolutions
Bila backlink boleh berlaku?
Backlink boleh berlaku apabila:-
- Link url kita diletakkan di blogroll blog-blog blogger lain
- Melalui comment di laman web/forum/blog dengan meletakkan url laman web/blog kita
- Pengunjung membuat review tentang laman web/blog kita, kemudian mereka meletakkan link url kita di review post tersebut
- Melalui iklan yang kita letakkan di laman web lain
Macam mana mengetahui jumlah backlink laman web anda?
Banyak cara untuk mengetahui jumlah backlink yang ada di laman web/blog kita. Ianya sangat penting kerana sebagai pemilik laman web/blog, kita seharusnya berusaha untuk menambahkan sebanyak mana backlink yang ada di laman web/blog kita. Antara tool percuma untuk check jumlah backlink laman web kita adalah: