Apple Inc sedang menjalankan eksperimen terhadap peranti iWatch dengan reka bentuk seperti jam tangan yang akan menggunakan platform yang sama dengan iPhone dan akan dibuat dengan kaca melengkung, demikian mengikut laporan New York Times.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] Apple iwatch

Laporan itu memetik sumber rapat yang mengetahui mengenai rancangan pengembangan syarikat itu. Produk yang sama seperti jam tangan itu boleh digunakan untuk membuat pembayaran mudah alih yang kini masih di peringkat eksperimen dan akan beroperasi menggunakan platform iOS Apple, iaitu platform asas bagi iPhone, iPad dan iPod Touch, demikian mengikut laporan akhbar itu. Bagaimanapun, jurucakap Apple gagal dihubungi untuk mendapatkan komen.

iWatch bakal dikeluarkan oleh Foxconn

Dalam laporan berasingan, The Wall Street Journal melaporkan bahawa sumber rapat yang mengetahui perkara itu berkata, Apple sedang berbincang mengenai produk berkenaan dengan rakan pengeluaran utamanya, Hon Hai Precision Industry Co, yang juga dikenali Foxconn.

Syarikat berpangkalan di Taiwan itu sedang berusaha ke arah menghasilkan paparan yang lebih cekap tenaga dan teknologinya disasarkan untuk pelbagai pelanggan Foxconn, demikian mengikut laporan Wall Street Journal yang memetik sumber rapat itu. -REUTERS

admin
admin

Would you like to share your thoughts?