Kuala Lumpur: Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) mengunjurkan peningkatan gaji golongan profesional ICT tempatan 10 peratus kepada RM7,598 berbanding RM6,908 pada 2011 berikutan perkembangan sektor ICT negara dijangka melonjak 10 peratus pada 2013.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] profesional ict

Peningkatan gaji itu juga didorong permintaan pekerja profesional ICT bagi melaksanakan projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan peningkatan kadar tenaga kerja profesional ICT di kalangan rakyat Malaysia.

Sektor ICT berkembang

Presidennya, Shaifubahrim Saleh berkata, Malaysia antara negara yang berkembang pesat dalam sektor ICT dengan bayaran gaji yang tinggi dalam kalangan negara jiran lain seperti Indonesia dan Thailand.

Beliau berkata, dalam sektor ICT secara keseluruhannya, dijangka segmen penyumberan luar dan e-dagang antara bidang yang memerlukan tenaga kerja profesional ICT didorong pertumbuhan pesat kedua-duanya dalam operasi kerajaan dan perniagaan Malaysia tahun ini.

“Galakan penggunaan teknologi dalam operasi kerajaan dan perniagaan yang dilihat mendapat sambutan memberangsangkan oleh pihak kerajaan dan pemain perniagaan telah menggalakkan pertumbuhan ICT tempatan, sekali gus merangsang keperluan tenaga pakar ICT.

“Ini dapat dilihat menerusi penggunaan teknologi perkomputeran cloud yang ia digunakan secara agresif oleh kerajaan dan peniaga kerana mempercepatkan proses perkongsian data serta menjimatkan kos operasi,” katanya kepada Bisnes Metro.

Shaifubahrim berkata, peningkatan kadar industri ICT tahun depan berkemungkinan disokong sektor seperti perisian, animasi dan permainan siber serta keselamatan kerana ia semakin mendapat permintaan tinggi pengguna di negara ini.

“Dari sudut perisian, animasi dan permainan siber, ia sedang diberi fokus oleh pemain industri ICT berikutan pengeluaran pelbagai produk yang mendapat permintaan pengguna secara global yang mana ia memberi peluang di dalam perniagaan mereka.

“Dari segi keselamatan pula, ia amat diperlukan pelbagai pihak untuk melindungi data atau maklumat penting di dalam simpanan mereka daripada dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab. Oleh itu, permintaan tenaga profesional amat diperlukan bagi merangsang keupayaan operasi kerajaan dan peniaga serta melindungi sistem di dalam operasi,” katanya -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *