Peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Bhd (Maxis) membuka tirai 2013 dengan satu lagi pencapaian membanggakan apabila melancarkan perkhidmatan Maxis 4G LTE.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] maxis 4g

Kini, perkhidmatan 4G LTE boleh didapati di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang termasuk Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Desa Sri Hartamas, Bandar Puchong Jaya, Bandar Sunway dan Cyberjaya bermula 1 Januari lalu.

Maxis 4G berkelajuan 75Mbps

Melalui rangkaian ini, pelanggan menikmati kelajuan sehingga 75Mbps dengan purata kelajuan biasa 10 hingga 30 Mbps. Perkhidmatan yang disalurkan melalui rangkaian 4G sebenar pertama di Malaysia ini juga bakal disediakan di kawasan lain dalam tempoh terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif-nya, Sandip Das berkata, perkhidmatan itu merupakan satu pencapaian penting Maxis sebagai penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu. Menurutnya, 4G LTE beroperasi pada kelajuan muat turun lima hingga 10 kali lebih cepat berbanding 3G dan ia membolehkan satu pengalaman lancar bagi kandungan yang kaya merentasi platform rangkaian tetap dan tanpa wayar berkelajuan tinggi Maxis di negara ini.

“Dengan 4G LTE Maxis, pelanggan akan mengalami pengalaman internet dengan kelajuan muat turun lebih besar, aliran video HD licin, permainan tanpa tersekat serta kepuasan dalam talian. “4G LTE kami juga akan memberikan akses internet paling pantas di luar liputan jalur lebar gentian khususnya untuk kediaman dan perniagaan,” katanya.

Pelanggan di kawasan liputan 4G LTE yang mahu mendapatkan perkhidmatan 4G LTE kini boleh mendaftar di pusat Maxis KLCC dan Taman Tun Dr Ismail pada waktu operasi biasa. Mereka juga boleh melanggan kepada mana-mana pakej jalur lebar bulanan tanpa wayar daripada RM88.

Tidak lama lagi, peranti lain termasuk telefon pintar dan tablet juga akan dapat manfaat daripada kelajuan yang ditawarkan oleh rangkaian 4G LTE. Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menyempurnakan ujian meluas untuk 4G LTE. Mereka mengadakan ujian selama dua tahun dan menjalankan kerjasama meluas dalam persekitaran rangkaian langsung menggunakan peranti komersial.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *