Kuala Lumpur: Altobridge (www. altobridge.com), pakar teknologi pengurangan kos penghantaran komunikasi mudah alih yang berpangkalan di Ireland, mengumumkan satu kontrak utama dengan Maxis Berhad bagi membekalkan perkhidmatan komunikasi generasi ketiga Maxis 3G berkos sangat rendah kepada penduduk luar bandar di seluruh Malaysia.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] maxis 3g altobridge

Perjanjian itu akan menyaksikan penempatan lebih 300 tapak jalur lebar mudah alih yang baru di kawasan luar bandar di seluruh Malaysia sedang dilaksanakan Maxis. Hampir 200 tapak sudah berada dalam perkhidmatan di beberapa bahagian terpencil di Malaysia.

Penjimatan Jalur Lebar Maxis 3g

Ketua Pegawai Eksekutif Altobridge Mike Fitzgerald berkata, mengoptimum dan menguruskan suara serta data di hujung rangkaian memberikan penjimatan lebih 40 peratus dalam kos penghantaran jalur lebar mudah alih. “Semua tapak itu diserasikan dengan ciri pengoptimuman data mudah alih terbaru Altobridge, Data-at-the-Edge™ (DatE™) yang menambahkan kepintaran di peringkat stesen pangkalan radio di rangkaian mudah alih.

“DatE™ menawarkan kepada pembekal perkhidmatan dengan penyelesaian menarik kepada kos penghantaran ‘data besar’ yang semakin meningkat, pada masa sama meningkatkan secara mendadak pengalaman bagi pengguna,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dengan berbuat demikian, ia secara dramatik dapat mengurangkan kos penghantaran data di antara rangkaian teras pengendali dan stesen pangkalan radio. DatE™ mengubah satu masalah teknikal kepada satu peluang komersial, dengan menjadikan penghantaran data mudah alih lebih pintar dan lebih cekap.

Sementara Ketua Pegawai Operasi Bersama, Maxis, Mark DioGuardi berkata, ciri pengoptimuman jalur lebar yang sudah dibangunkan Altobridge, digabung bersama sama dengan penawaran VSAT Maxis, menjadikan penempatan luar bandar sebagai satu proposisi positif. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *