Masih lagi mengenai gajet terkecil di dunia, kali ini telefon bimbit terkecil dan ringan yang turut dikeluarkan oleh syarikat pengusaha elektronik dari Jepun. Willcom baru saja memperkenalkan sebuah telefon terbaru, Phone Strap 2 WX06A. Telefon ini turut diperkenalkan sebagai telefon paling kecil dan paling ringan di dunia.
Kemunculan Nokia Lumia 1020 adalah penyelesaian kepada semua rungutan apabila gambar atau video yang dirakam tidak begitu jelas, malap dan kurang menarik.Seharusnya Lumia 1020 boleh dianggap sebagai penanda aras baru dalam pengimejan telefon pintar. Lumia 1020 berupaya menghasilkan imej paling terang dan jelas berbanding kamera digital lain.
INTEL Malaysia memperkenalkan tablet Samsung Galaxy Tab 3 10.1 yang menyokong teknologi 4G LTE melalui sistem pemprosesan Intel XMM 7160 dengan kerjasama Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd.
Karachi: Wilayah Sindh di selatan Pakistan akan menghalang akses kepada rangkaian komunikasi online termasuk Skype dan WhatsApp selama tiga bulan dalam usaha menyekat keganasan.
SKMM ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pakej Komunikasi Belia (PKB) akan diaktifkan semula pada 7 October 2013. Pendaftaran kali ini hanya boleh dilakukan melalui wakil-wakil penjual yang dilantik syarikat telekomunikasi.
KUALA LUMPUR – Sebanyak 163 laman web yang dikesan mengiklan dan menjual produk kesihatan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan telah disekat dan ditutup pada Jun lepas.
PERSIDANGAN Jaringan Usahawan Nusantara Sedunia (Juns) adalah persidangan yang diadakan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, yang bakal berlangsung pada 9 Oktober ini.
SYARIKAT telekomunikasi Maxis Bhd melancarkan pelan baru Maxis Business Kit khusus untuk perusahaan kecil dan dan sederhana (PKS) di negara ini.
Kuala Lumpur: Perbankan Internet dan mudah alih di negara ini memperlihatkan potensi untuk meningkat selanjutnya seiringan dengan sektor perkhidmatan kewangan yang semakin canggih.
KUANTAN – Kerajaan tidak akan menyekat akses akaun laman sosial Facebook atau laman-laman web yang lain kerana ia memberi banyak faedah kepada masyarakat.