SKMM ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pakej Komunikasi Belia (PKB) akan diaktifkan semula pada 7 October 2013. Pendaftaran kali ini hanya boleh dilakukan melalui wakil-wakil penjual yang dilantik syarikat telekomunikasi. 

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] pakej komunikasi belia

Pendaftaran dalam talian PKB telah ditutup beberapa minggu lalu kerana ia telah mencapai kuota yang ditetapkan iaitu 1.5 juta belia. Namun, setelah pengiraan semula, didapati masih ramai yang tidak menebus rebat RM200 tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

Mana-mana rebat RM200 yang tidak ditebus akan dimasukkan semula ke dalam jumlah besar 1.5 juta rebat untuk diagihkan semula kepada pemohon lain. Pemohon yang telah tamat tempoh sah rebat boleh terus memohon semula pada 7 October 2013. Setiap permohonan rebat RM200 yang telah lulus harus ditebus dalam masa dua minggu dari tarikh kelulusan permohonan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

PKB telah diputuskan dalam Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri dan ianya akan terus berjalan sehingga 1.5 juta belia mendapat manfaat daripadanya seperti yang dijanjikan.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *