SYARIKAT telekomunikasi Maxis Bhd melancarkan pelan baru Maxis Business Kit khusus untuk perusahaan kecil dan dan sederhana (PKS) di negara ini.
[adsenseyu6] | ![]() |
Ketua Penyelesaian Perusahaan Maxis Shanti Jusnita Johari berkata, pakej merangkumi panggilan suara bagi talian tetap, mudah alih dan internet itu direka supaya mudah diuruskan oleh PKS dan perniagaan mikro.
“Kajian Maxis mendapati apa yang PKS mahukan adalah untuk mengembangkan perniagaan mereka, mengurangkan kos dan mendapat lebih pelanggan, dan ini boleh dicapai melalui penggunaan teknologi.” katanya dalam majlis pelancaran pelan baru itu oleh Pengerusi SME Corporation Malaysia Datuk Ir Mohamed Al Amin Abdul Majid dan turut dihadiri Pengerusi Maxis Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, keistimewaan utama pakej itu adalah perkhidmatan asas yang lengkap termasuk talian mudah alih bagi membantu perniagaan kecil bertapak.
Katanya, pelan itu akan memberi impak positif seperti penjimatan kos operasi kepada PKS melalui gabungan pelbagai perkhidmatan telekomunikasi dalam satu pakej berbanding dilanggan secara berasingan.
Pelan Maxis Business Kit menyediakan pakej internet, talian tetap dan mudah alih pada harga bermula RM288 sebulan.