PERSIDANGAN Jaringan Usahawan Nusantara Sedunia (Juns) adalah persidangan yang diadakan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, yang bakal berlangsung pada 9 Oktober ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] juns-himpun-usahawan-berbahasa-melayu

Persidangan ini adalah satu-satunya acara keusahawanan yang diadakan dalam Bahasa Melayu melibatkan usahawan rantau ini dari Singapura, Indonesia, Brunei dan Malaysia.

Bersesuaian dengan objektif utama Juns untuk mengukuhkan kerjasama serantau dan rangkaian usahawan berbahasa Melayu, persidangan ini akan memartabatkan lagi Bahasa Melayu sebagai medium perhubungan dalam membentuk kerjasama serta perkongsian antara usahawan.

Ketua Brand Geeks Silmyi M Sadek berkata, fokus utama adalah kepada usahawan yang baru bermula dan diharapkan Juns dapat menjadi platform kepada usahawan Nusantara untuk mengetahui selok belok dalam perniagaan.

“Kami menolak tanggapan bahawa Bahasa Melayu hanya terbatas untuk usahawan Melayu sahaja selain tanggapan setengah pihak bahawa usahawan yang menggunakan Bahasa Melayu tidak bercita-cita tinggi dan tidak maju ke hadapan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Othman Omar berkata, hampir 20 tahun PKNS terlibat dalam pembangunan usahawan dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam aktiviti keusahawanan.

“PKNS juga giat memperkasakan usahawan tempatan antara projek terbaru adalah dengan penubuhan PKNS BizClub yang akan beroperasi pada November 2013,” katanya.

Juns dianjurkan oleh Brand Greek Inc dengan BizClub PKNS, disokong oleh Kementerian Kewangan dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

admin
admin

Would you like to share your thoughts?