INTEL Malaysia memperkenalkan tablet Samsung Galaxy Tab 3 10.1 yang menyokong teknologi 4G LTE melalui sistem pemprosesan Intel XMM 7160 dengan kerjasama Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] galaxy tab 10 4g lte

Pengurus Jualan dan Pemasaran Intel Malaysia dan Singapura, Prakash Mallya berkata, peranti itu dilengkapi dengan cip Intel Atom Z2560, serta menyokong LTE dengan prestasi dan kuasa lebih tinggi serta bateri lebih cekap.

“Kami amat yakin dengan penerimaan orang ramai terhadap sistem ini,” katanya pada pelancaran produk itu.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Mudah Alih dan IT Samsung Malaysia Vincent Chong berkata, Samsung Galaxy Tab 3 menggabungkan reka bentuk lebih nipis dengan capaian prestasi lebih tinggi
berbanding produk sama sebelumnya.

Samsung Galaxy Tab 3 10.1 kini boleh didapati di pasaran dalam dua versi iaitu WiFi (RM1,299) dan 4G LTE (RM1,599). -sinarharian

admin
admin

1 Comment

  1. ejoeSolutions Tablet jadi pilihan ganti komputer » ejoeSolutions
    16/10/2013

    […] Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd. sentiasa mengikut nadi perubahan citarasa pengguna dengan menawarkan produk yang bukan sahaja relevan malah pelengkap pelbagai permintaan gaya hidup, sekali lagi menawarkan produk terbaik apabila memperkenalkan Samsung Galaxy Tab 3 10.1. […]

Would you like to share your thoughts?