SHAH ALAM – Laman web Google Malaysia Google.com.my sekali lagi menjadi mangsa godaman berdasarkan pemalsuan Sistem Nama Domain (DNS) seperti yang berlaku awal Julai lepas.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan penubuhan Pusat Kreatif dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya yang akan membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan.
PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini melancarkan media sosial Facebook dan Twitter rasmi unit Agropreneur Muda bagi memudahkan golongan belia mendapatkan maklumat lengkap mengenai peluang menceburi bidang pertanian.
Kuala Lumpur: Orion Prokasih (M) Sdn Bhd, syarikat pemeriksaan dan produk kesihatan optimis melahirkan usahawan Bumiputera dalam segmen perniagaan kesihatan apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Jawatankuasa Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Majlis Belia Malaysia (EDEC MBM), semalam.
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan sekitar 2.7 bilion pengguna iaitu 40 peratus daripada populasi manusia di dunia menggunakan Internet menjelang akhir tahun ini.
USAHAWAN Bumiputera dan tempatan disaran contohi budaya dan nilai positif orang Jepun untuk maju dan berjaya.
Masih lagi mengenai gajet terkecil di dunia, kali ini telefon bimbit terkecil dan ringan yang turut dikeluarkan oleh syarikat pengusaha elektronik dari Jepun. Willcom baru saja memperkenalkan sebuah telefon terbaru, Phone Strap 2 WX06A. Telefon ini turut diperkenalkan sebagai telefon paling kecil dan paling ringan di dunia.
Kemunculan Nokia Lumia 1020 adalah penyelesaian kepada semua rungutan apabila gambar atau video yang dirakam tidak begitu jelas, malap dan kurang menarik.Seharusnya Lumia 1020 boleh dianggap sebagai penanda aras baru dalam pengimejan telefon pintar. Lumia 1020 berupaya menghasilkan imej paling terang dan jelas berbanding kamera digital lain.
INTEL Malaysia memperkenalkan tablet Samsung Galaxy Tab 3 10.1 yang menyokong teknologi 4G LTE melalui sistem pemprosesan Intel XMM 7160 dengan kerjasama Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd.
Karachi: Wilayah Sindh di selatan Pakistan akan menghalang akses kepada rangkaian komunikasi online termasuk Skype dan WhatsApp selama tiga bulan dalam usaha menyekat keganasan.