KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan penubuhan Pusat Kreatif dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya yang akan membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan.
[adsenseyu6] | ![]() |
Katanya MaGIC akan menjadi pusat sehenti kepada pengusaha syarikat terbabit dalam bidang kreatif dan multimedia, penyelidikan dan pembangunan serta pengurusan data dan maklumat.
MaGIC juga akan menjadi institusi yang membantu pelbagai sudut termasuk kemudahan kewangan bagi memulakan perniagaan sehingga kepada pendaftaran harta intelek dan kemudahan latihan serta mentor.
“MaGIC akan bergerak seiring dengan UP Global berpangkalan di Amerika Syarikat yang melatih 500,000 usahawan dunia termasuk Malaysia,” katanya.
Najib membuat pengumuman demikian ketika merasmikan Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Keempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry, yang mewakili Presidennya Barack Obama.
ejoeSolutions Dana Perniagaan Sosial perkasa generasi muda » ejoeSolutions
09/11/2013[…] Najib Razak yang mengumumkannya semalam berkata, dana kewangan mikro itu adalah sebahagian aktiviti Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) yang ditubuhkan di Cyberjaya bulan lalu, dengan syarat syarikat terbabit mampu mencapai objektif […]