Kuala Lumpur: Orion Prokasih (M) Sdn Bhd, syarikat pemeriksaan dan produk kesihatan optimis melahirkan usahawan Bumiputera dalam segmen perniagaan kesihatan apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Jawatankuasa Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Majlis Belia Malaysia (EDEC MBM), semalam.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] usahawan produk kesihatan

Menerusi kerjasama itu, satu program usahawan, 1Mkasih4U diwujudkan apabila ketiga-tiga pihak mencari usahawan dalam kalangan belia bagi menguasai pasaran produk kesihatan kumpulan itu. Pengerusi Orion Prokasih merangkap Setiausaha Agung PPIM Datuk Ma’amor Osman berkata, ia langkah permulaan baik mempromosikan produk kesihatan dan pada masa sama membangunkan produk serta individu muda untuk terbabit dalam perniagaan.

“Orion Prokasih melahirkan 200 usahawan sejak awal tahun ini dan lapan daripadanya berjaya mewujudkan stokis atau kios mereka sendiri di sekitar ibu negara dan Lembah Klang termasuk di Bangunan Telekom Malaysia, Lembah Pantai dan Proton Hicom, Shah Alam.

Usahawan produk kesihatan

“Operasinya khusus dalam pemeriksaan kesihatan termasuk diagnosa kardiologi, kosmetik pergigian, vaskular, antipenuaan, neprologi, kiropraktik dan gastrologi ,” katanya selepas menandatangani dokumen berkenaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Orion Prokasih, Brandon Kho dan Ketua Pegawai Eksekutif 1M4U, Fadliza Mohd Nor, sekali gus melancarkan projek 1Mkasih4U, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Ahli Lembaga Pengarah PPIM Datuk Noor Azman Idris dan Pengerusi EDEC MBM Nor Akmal Ibos.

“Setiap usahawan kelak akan diberi dana RM50,000 selain diberi bimbingan oleh seorang doktor dan dua jururawat. Mereka harus disaring terlebih dulu supaya benar-benar sesuai untuk berada dalam bidang ini. Kita akan usahakan juga dari segi promosi dan lokasi bagi pelan ini,” katanya.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?