MICROSOFT Malaysia terus mempergiatkan usaha bagi memastikan produk barunya, Windows 8 menjadi pemangkin perubahan dalam dunia teknologi maklumat dengan memperkenalkan pelbagai ciri baru melalui produk itu.
SINGAPURA – Warga Malaysia adalah yang paling aktif berinteraksi dalam media sosial dan dua kali lebih aktif daripada warga Amerika, demikian menurut hasil kaji selidik yang dikeluarkan oleh platform penglibatan sosial berasaskan lokasi, ‘Local Measure’.
PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyarankan semua Ketua Setiausaha dan timbalannya serta ketua pengarah membuka akaun laman sosial seperti Facebook dan Twitter masing-masing untuk berinteraksi dengan rakyat.
KUALA LUMPUR – Maxis Bhd (Maxis) telah memperkenalkan Pengiklanan Berasaskan Lokasi Maxis LBA kepada para pengguna MyDealsnya yang menggunakan teknologi lokasi sel.
Kerajaan tiada perancangan untuk memperkenalkan sistem pelesenan untuk laman web berita online, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. Bercakap dalam majlis Anugerah Akhbar MPI-Petronas di Kuala Lumpur malam ini, Najib berkata, kerajaan akan meneruskan penggunaan undang-undang sedia ada bagi memastikan tiada batasan perundangan dilangkaui oleh entiti media.
San Francisco: Google Inc membeli perkhidmatan pemetaan dalam talian Waze menerusi urus niaga bernilai AS$1.03 billion (RM3.2 bilion) dalam usahanya menjauhkan aplikasi terbaik daripada dimiliki pesaingnya serta meningkatkan teknologi bagi menambah baik ketepatan dan kegunaan sistem navigasinya.
KOTA BHARU – Maxis Berhad melalui jenama Hotlink, mensasarkan kira-kira 30,000 unit telefon pintar eksklusif edisi The Red Warriors, dijual pada tahun ini bagi pasaran Kelantan.
Petaling Jaya: Telekom Malaysia (TM) melancarkan penyelesaian perniagaan baru yang direka khusus bagi industri hospitaliti iaitu Hospitality Entertainment Solution dengan sasaran kepada pengusaha hotel, apartment sewa, inap desa, resort dan sebagainya.
Los Angeles: Microsoft Corp mengumumkan harga Xbox One barunya yang akan dilancarkan November ini di Amerika Syarikat (AS) akan dijual pada harga AS$499 (RM1,547), lebih tinggi daripada yang dijangkakan peminat konsol permainan video.
SINGAPURA – Kira-kira 2,500 rakyat Singapura yang diketuai penulis blogger Singapura mengadakan bantahan di Speakers’ Corner di Hong Lim Park hari ini untuk mendesak kerajaan menarik balik syarat baharu pelesenan yang dikenakan terhadap laman web berita berkuatkuasa 1 Jun.