KUALA LUMPUR – Maxis Bhd (Maxis) telah memperkenalkan Pengiklanan Berasaskan Lokasi Maxis LBA kepada para pengguna MyDealsnya yang menggunakan teknologi lokasi sel.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] maxis lba

Perkhidmatan itu yang boleh berasaskan masa juga membolehkan pengiklan memilih profil demografi pelanggan sasaran mereka dan mengguna pakai kepada destinasi pilihan mereka untuk menyampaikan mesej yang sesuai atau tawaran promosi kepada pelanggan.

Pelanggan Maxis dan Hotlink yang merupakan ahli myDeals akan dapat menikmati tawaran yang disesuaikan ini setiap kali mereka ke lokasi tertentu di mana LBA Maxis disediakan.

Maxis LBA yg pertama

Dalam satu kenyataan, ketua perkhidmatan Digital Maxis, T. Kugan berkata: Dengan memperkenalkan pengiklanan berasaskan lokasi oleh Maxis, kami adalah yang pertama dalam menyediakan saluran mudah alih yang amat praktikal untuk pengiklan mendekati pengguna.

“Ini akan membolehkan mereka untuk mendekati pelanggan yang sudah berada di kawasan trafik yang tinggi dan melibatkan mereka secara langsung melalui medium mudah alih.

Perkhidmatan ini boleh didapati di lebih 25 destinasi seluruh Malaysia menjelang akhir tahun. Platform ini juga akan membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana menggunakan LBA berasaskan SMS untuk menarik pengguna. – Bernama

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *