MICROSOFT Malaysia terus mempergiatkan usaha bagi memastikan produk barunya, Windows 8 menjadi pemangkin perubahan dalam dunia teknologi maklumat dengan memperkenalkan pelbagai ciri baru melalui produk itu.
[adsenseyu6] |
Pengurus Pembangunan Perniagaan Microsoft Malaysia, Dennis Ser berkata, pengenalan Windows 8 menandakan transformasi dari dunia pengkomputeran lama kepada teknologi baru telah bermula.
Windows 8 beri pengalaman berbeza
“Perisian Windows 8 memberi pengalaman berbeza dari segi fungsi dan penampilan. Kami sedang berusaha mencipta kesedaran kepada pengguna tentang kelebihan produk ini.
“Kami juga bekerjasama dengan syarikat pengeluar gajet dan komputer bagi tujuan itu,” katanya yang ditemui di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf sempena Karnival Windows 8, baru-baru ini.
Windows 8 dilancarkan secara rasmi pada 26 Oktober tahun lalu. Antara ciri menarik Windows 8 adalah tetapan bagi memantau sesi penggunaan komputer oleh kanak-kanak.
Komputer tidak dapat diakses jika penggunaan masa melebihi had ditetapkan dan bagi menggunakannya, kanak-kanak perlu meminta kebenaran tambahan masa daripada ibu bapanya.Microsoft terus terajui revolusi komputer