Shah Alam: Pencil Brand Sdn Bhd, penyediaan perkhidmatan pendidikan dalam talian menyasarkan jualan RM10 juta menerusi portal pembelajaran Pencil.my yang dilancarkan April lalu. Portal berkenaan menyediakan semua mata pelajaran teras dan elektif bagi pelajar sekolah rendah dan menengah dengan bayaran bulanan di antara RM50 hingga RM90.
TELEKOM Malaysia Bhd (TM) mencatatkan hasil sebanyak RM2.42 bilion bagi suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2013, iaitu 1.7 peratus lebih tinggi berbanding RM2.38 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu. Menurut TM, pertumbuhan itu disebabkan perkhidmatan internet dan data, khususnya khidmat jalur lebarnya iaitu UniFi.
KUALA LUMPUR – Blackberry menjalin perkongsian dengan AngelHack untuk mengendalikan Cabaran Blackberry AngelHack StartUp Asia Pasifik, yang menyasarkan para usahawan, pemaju dan peminat teknologi.