KUALA LUMPUR – Blackberry menjalin perkongsian dengan AngelHack untuk mengendalikan Cabaran Blackberry AngelHack StartUp Asia Pasifik, yang menyasarkan para usahawan, pemaju dan peminat teknologi.
[adsenseyu6] |
Dalam satu kenyataan hari ini, Blackberry berkata para peserta akan bukan sahaja berpeluang untuk memenangi telefon pintar BlackBerry Z10 malah turut memenangi hadiah utama US$10,000.
“Para peserta perlu menghadiri satu acara AngelHack di Asia Pasifik dan berdaftar pada majlis acara itu. “Pasukan perlu mengemukakan pelan “start-up” pasukan berkenaan yang termasuk BlackBerry 10, semasa mengemukakan pendaftaran,” katanya.
AngelHack di Cyberjaya
Acara itu akan diadakan di Cyberjaya pada 8-9, Jun 2013. Selepas mendaftar, para peserta perlu mereka, dalam tempoh 30 hari dari acara yang dihadiri di AngelHack, satu permohonan prototaip yang boleh diguna menggunakan tablet BlackBerry PlayBook atau platform BlackBerry 10.
“Permohonan juga perlu dikemukakan menggunakan BlackBerry 10 Native atau pembangun alatan Web atau kerangka sokongan pembangunan bagi BlackBerry 10.” “Para peserta akan dibantu oleh pakar BlackBerry melalui proses pembangunan itu,” katanya.
BlackBerry berkata dua ahli dari setiap pasukan akan diterbangkan ke BlackBerry Jam Asia 2013 di Hong Kong, bagi mengambil bahagian di dalam bengkel pementoran oleh mentor AngelHack dan pakar teknikal dan pembangunan perniagaan BlackBerry.
“Akhirnya, pasukan akan bersaing melawan satu sama lain di hadapan penonton Jam Asia bagi memenangi hadiah utama,” katanya. – Bernama