Shah Alam: Pencil Brand Sdn Bhd, penyediaan perkhidmatan pendidikan dalam talian menyasarkan jualan RM10 juta menerusi portal pembelajaran Pencil.my yang dilancarkan April lalu. Portal berkenaan menyediakan semua mata pelajaran teras dan elektif bagi pelajar sekolah rendah dan menengah dengan bayaran bulanan di antara RM50 hingga RM90.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] pencil.my

Pengarah Pemasarannya Abdul Radzeen Abdul Rahman berkata, syarikat berkenaan kini mempunyai lebih 800 pengguna sejak pembukaannya dua bulan lalu.

“Sebanyak 50,000 latihan dibuka pelajar selain 26,000 jaringan persahabatan diwujudkan,” katanya selepas Majlis Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) Pencil.my dengan Yayasan Rakyat Malaysia (YASRAM), di sini.

Pada majlis itu, Pencil Brand diwakili Pengerusi Eksekutif dan Pengarahnya Kamal Abdul Razak manakala YASRAM diwakili Presiden yayasan Datuk Mansor Masikon. Abdul Radzeen berkata, portal itu menampilkan kelainan dengan menyediakan permainan dalam bentuk pembelajaran, peluang berkenalan dengan rakan baru serta pautan ke laman sosial Facebook.

Pencil.my membantu dalam pembelajaran

“Selain menyediakan silibus pendidikan terkini, pelajar turut diberikan ‘lencana’ setiap kali menjawab soalan latihan dan log masuk ke portal yang akan dipaparkan ke Facebook mereka. “Syarikat menerima maklum balas positif daripada ibu bapa serta pelajar yang melanggan portal berkenaan berikutan didapati membantu dalam pembelajaran,” katanya.

Menurutnya, Pencil Brand turut menyasarkan 500,000 pelajar melanggan portal berkenaan tahun depan selain merancang memperluaskan perkhidmatan pendidikan syarikat berkenaan ke lima negara jiran dalam tempoh tiga tahun.

“Negara berkenaan adalah Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina serta Thailand dan pihak syarikat melakukan penyelidikan untuk melaksanakan perancangan ini,” katanya. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *