Telekom Malaysia Berhad (TM) melancarkan TM SME BizFiesta 2014 yang memasuki penganjuran pada tahun kedua bertujuan menyediakan platform kepada pelanggan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi meneroka dan mengalami bagaimana tawaran TM dapat mempertingkatkan perniagaan masing-masing.
SYARIKAT peralatan teknologi terkemuka, Lenovo memperkenalkan produk baharunya iaitu telefon pintar evolusi jangka panjang (LTE) yang pertama, Lenovo Vibe Z.
PENYEDIA perkhidmatan komunikasi terkemuka, Maxis Berhad (Maxis) dengan kerjasama FINDIT Malaysia melancarkan aplikasi FINDIT yang membolehkan pengguna mengakses kepada 175,000 penyenaraian perniagaan dalam 2,500 kategori termasuk peta lokasi dan pandu arah dari telefon mudah alih.
ADVANCE Tech Communications Sdn Bhd (Advance TC) menyasarkan jualan sebanyak 500,000 unit dengan nilai RM850 juta bagi produk baharu Magic Zlate 11, menjelang akhir tahun ini.
MENYEDARI pasaran yang agak besar dalam industri pendidikan di Malaysia, bekas graduan London School Of Economics, Warren Leow memperkenalkan aplikasi bagi membantu pelajar mengulang kaji dengan ‘hujung jari’ mereka.
Kuala Lumpur: Nokia Malaysia kini memperkenalkan siri terbaru telefon pintar, Nokia X ke pasaran Malaysia mulai minggu depan yang boleh didapati pada harga RM399.
Anda pemilik telefon pintar BlackBerry dan memerlukan penyelenggaraan? Jika ya, masalah anda akan dapat diatasi dengan adanya aplikasi baru BlackBerry Virtual Expert (BBVE).
BARCELONA 28 Feb. – Pembangun dan pembekal aplikasi dunia perlu lebih telus dalam mengumpul maklumat peribadi daripada pengguna, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata, dalam menerima pakai teknologi komunikasi maklumat (ICT), para pengguna perlu sedar mengenai tujuan mengumpul data peribadi dan perlunya data sedemikian dilindungi.
KEBANYAKAN peniaga online dalam talian, terutama melalui media sosial Facebook tidak tahu mereka perlu mendaftarkan perniagaan, tetapi ada juga yang sedar mengenai peraturan tersebut namun tidak mengendahkannya.
Petaling Jaya: Media Prima Digital (MPD), cabang digital di bawah konglomerat Media Prima Berhad (Media Prima) dengan kerjasama Senheng Electric (KL) Sdn Bhd menawarkan peranti pintar berasaskan Android percuma dengan langganan akhbar digital milik The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) selama dua tahun.