MENLO PARK – CALIFORNIA. Facebook telah membeli aplikasi WhatsApp dengan nilai RM52.71 bilion ($16 bilion). Ia termasuk RM13 bilion ($4 bilion) tunai dan kira-kira RM39 bilion ($12 bilion) saham Facebook.
Sebuah lagi telefon pintar Google Play Edition kini boleh didapati di pasaran. Telefon pintar itu adalah Moto G Google Play Edition dilancarkan oleh Google di Google Play.
KUALA LUMPUR – Syarikat maklumat dan telekomunikasi bersepadu, Telekom Malaysia Bhd, menawarkan khidmat percuma menaik taraf sehingga 20 kali kelajuan semasa kepada pelanggan jalur lebar Streamyx dan UniFi melalui ‘Tawaran Terbaik Hypp-Normous’.
SYARIKAT tempatan Heart Base Sdn Bhd (HSBS) menjangkakan produk unik tetikus komputer yang dilengkapi teknologi imbasan edarannya boleh menembusi 30 hingga 40 peratus daripada jumlah pengguna di Malaysia, dalam tempoh dua tahun lagi.
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini melancarkan program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) dengan dana sebanyak RM100 juta bagi tempoh tiga tahun untuk membantu usahawan-usahawan muda Bumiputera kreatif dan inovatif bertapak dalam perniagaan.
Kuala Lumpur: YTL Communications Sdn Bhd, komited meluaskan lagi rangkaian Yes 4G ke seluruh negara bagi memberi pengalaman Internet lebih pantas apabila merancang meningkatkan perkhidmatannya di Sabah dalam tempoh terdekat ini.
Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Berhad (TM) mempertingkat akses Internet dan penyampaian kandungan serantaunya menerusi perjanjian dengan Level 3 Communications, syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat yang menyediakan perkhidmatan komunikasi global.
KOTA BHARU – Golongan belia di negeri ini disarankan supaya tidak hanya menunggu peluang pekerjaan yang disediakan pihak kerajaan tetapi digalakkan terlibat dalam bidang keusahawanan.
Kuala Lumpur: Malang bagi pelanggan Internet yang membelanjakan kira-kira RM150 sebulan untuk menggunakan perkhidmatan sambungan Internet tanpa wayar Wifi, terutama di kediaman masing-masing, tetapi akhirnya mendapati talian itu kerap terganggu.
China Mobile, penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar China, mula menjual iPhone kepada jutaan pelanggannya di seluruh negara itu, sekali gus mengakhiri penantian Apple selama enam tahun di pasaran utama gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu.