PENYEDIA perkhidmatan komunikasi terkemuka, Maxis Berhad (Maxis) dengan kerjasama FINDIT Malaysia melancarkan aplikasi FINDIT yang membolehkan pengguna mengakses kepada 175,000 penyenaraian perniagaan dalam 2,500 kategori termasuk peta lokasi dan pandu arah dari telefon mudah alih.
[adsenseyu6] | ![]() |
Ketua Perkhidmatan Digital Maxis, T. Kugan berkata, pelanggan Maxis dapat menggunakan FINDIT yang merupakan perkhidmatan direktori digital terbesar itu secara percuma.
Aplikasi Findit
Menurutnya, aplikasi itu boleh dimuat turun melalui aplikasi mudah alih, laman web, portal protokol aplikasi tanpa wayar bagi kedua-dua pengguna android dan sistem operasi pintar.
“Bagi syarikat-syarikat perniagaan, FINDIT berfungsi sebagai alat penting bagi membantu mengembangkan lagi perniagaan kepada pasaran yang lebih luas dengan memanfaatkan platform mudah alih yang popular untuk berhubung dengan para pelanggan mereka sendiri,” katanya pada sidang media Media Experiential Event for FINDIT, di sini, semalam.
Kugan berkata, mencari maklumat pada peranti mudah alih adalah aktiviti internet kedua paling popular selain e-mel.
“Sebanyak 46 peratus daripada pengguna menggunakan peranti mudah alih mereka sebagai alat carian utama. FINDIT adalah perkhidmatan relevan dengan gaya hidup moden dan perkhidmatan ini meletakkan kuasa di tangan pelanggan untuk sentiasa berhubung,” katanya.
Menurutnya, pelanggan Maxis juga dapat menikmati tawaran dan promosi istimewa dari pelbagai peniaga yang disenaraikan dalam direktori itu, yang boleh ditebus dengan segera.
FINDIT Malaysia yang dikuasakan dan diuruskan dengan kerjasama GETIT Transnational (P) Ltd merupakan anak syarikat penyedia perkhidmatan carian tempatan terkemuka di India selain kerjasama antara Malayan Banking (Maybank) bagi mempromosi perkhidmatan aplikasi ini kepada pedagang mereka.
Malaysian Retail Chains Association (MRCA) turut menjalankan promosi bersama FINDIT dan ahli-ahli bagi memantapkan lagi penggunaannya. -sinarharian
Muat turun Aplikasi Findit
– IOS https://itunes.apple.com/my/app/findit-malaysia/id734367831?ls=1&mt=8
– Android https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kelltontech.maxisgetit
– Laman web http://www.findit.com.my