UniFi, Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan kejayaan cemerlang di awal tahun 2013 apabila melepasi jumlah langganan seramai 500,000 pelanggan baru-baru ini.
Peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Bhd (Maxis) membuka tirai 2013 dengan satu lagi pencapaian membanggakan apabila melancarkan perkhidmatan Maxis 4G LTE.
KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka mencatatkan perolehan RM100 juta hasil perjanjian perlesenan selama lima tahun dengan Nexus Protocol Ltd untuk memasarkan empat produk berasaskan teknologi maklumat (IT) di Eropah.
Kuala Lumpur: Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) mengunjurkan peningkatan gaji golongan profesional ICT tempatan 10 peratus kepada RM7,598 berbanding RM6,908 pada 2011 berikutan perkembangan sektor ICT negara dijangka melonjak 10 peratus pada 2013.
Washington: Google menarik balik aplikasi ‘Make Me Asian’, iaitu aplikasi telefon pintar yang membolehkan pengguna menukar rupa paras mereka kepada orang Asia. Ia rentetan daripada kemarahan aktivis Asia Amerika yang menyifatkan permainan itu sebagai suatu stereotaip penghinaan.
Alabama: Kementerian Pelajaran menyasarkan semua 10,066 sekolah akan dilengkapi kemudahan internet WiFi 4G dalam tempoh setahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini sebahagian sekolah sudah dilengkapi WiFi, dan kemudahan itu serta peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) lain akan diperluaskan menerusi program Transformasi Pendidikan Negara.
MENLO PARK (California): Facebook hari ini melancarkan enjin carian, Facebook Graph Search bagi membantu pelanggannya mengetahui aktiviti yang dilakukan kenalan pada rangkaian sosial terbesar itu selain Google Inc dan enjin carian lain.
Celcom Axiata Bhd (Celcom) bekerjasama bersama Nokia (M) Sdn Bhd dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) bagi memberi peluang kepada pembangun aplikasi di seluruh negara untuk mengkomersialkan kreativiti melalui Cabaran Nokia S40.
Responsive Web Design atau Laman Web Responsif adalah satu teknik yang digunakan untuk membuat layout website sesuai dengan jenis peranti yang digunakan oleh pengunjung. Ia adalah satu pendekatan dalam reka bentuk laman web yang mana ia direka untuk memenuhi paparan dan tontonan optimum kepada semua jenis paparan seperti paparan dekstop, tablet dan telefon pintar. Laman […]
Berita baik kepada blogger diluar sana, dapatkan domain .com percuma selama setahun! Hanya tulis review mengenai ejoeSolutions & anda layak mendapat domain percuma ini.