Kuala Lumpur: Maxis Berhad (Maxis) dalam landasan yang betul untuk mencapai sasaran 18 peratus penduduk Malaysia mendapat akses perkhidmatan Maxis 4G LTE menjelang akhir tahun ini.
Kuala Lumpur: Sistem perolehan kerajaan secara dalam talian, ePerolehan, mencatatkan lebih 1.5 juta transaksi dengan nilai melebihi RM60 bilion sejak aplikasi itu dilancarkan pada 1999.
KOTA BAHRU – Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan Ahad depan (11 Ogos) sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Aidilfitri.
RANTAU PANJANG – Seorang peniaga terpaksa menanggung kerugian apabila kafe siber yang dibuka, tidak dilengkapi dengan kemudahan internet, di Lubol Stol, di sini. Peniaga, Suhaili Sulaiman, 34, berkata, disebabkan ketiadaan kemudahan sistem jalur lebar, dia hanya mampu menyediakan perkhidmatan penggunaan komputer kepada pelanggannya.
Kuala Lumpur: Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) anak syarikat Measat Broadcast Network Systems Bhd (MBNS) memeterai perjanjian kerjasama dengan TM Net Sdn Bhd (TMNET) untuk menyiarkan dua saluran Astro SuperSport dalam rangkaian TV berprotokol Internetnya, HyppTV.
SALAMFONE Sdn Bhd (Salamfone), perkhidmatan mudah alih berasaskan syariah pertama di dunia yang memulakan perkhidmatan pada April 2011 mengumumkan syarikat itu telah menghentikan perkhidmatan secara rasmi, semalam, beberapa hari selepas melaporkan gangguan taliannya.
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) komited dalam usaha membantu usahawan mikro dengan memperuntukkan RM50 juta bagi membantu 50,000 usahawan mikro menerusi program Get Malaysia Business Online (GMBO) berakhir Disember ini.
Kuala Lumpur: Gartner Inc, penyelidik pasaran industri teknologi maklumat (IT) mengunjurkan perbelanjaan IT di Malaysia tahun ini meningkat 6.4 peratus kepada RM61.9 bilion berbanding 2012. Unjuran itu meliputi perkhidmatan telekomunikasi (RM33.9 bilion), perkakasan (RM13.3 bilion), perkhidmatan IT (RM9.8 bilion), perisian (RM3.3 bilion) dan sistem pusat data (RM1.7 bilion).
Anda lepasan SPM/STPM/SISWAZAH yang sedang bercuti atau menganggur? Jangan lepaskan peluang untuk bersama dengan kami menjayakan PESTA BUKU KELANTAN 2013. SMO Bookstore menawarkan jawatan kosong sebagai:
Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan penawaran perkhidmatan IPTVnya, HyppTV yang dikuasakan UniFi, untuk pelanggan dan bakal pelanggan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps di seluruh negara selain pengguna peranti pelbagai paparan di mana-mana saja bermula 1 Ogos ini.