RANTAU PANJANG – Seorang peniaga terpaksa menanggung kerugian apabila kafe siber yang dibuka, tidak dilengkapi dengan kemudahan internet, di Lubol Stol, di sini. Peniaga, Suhaili Sulaiman, 34, berkata, disebabkan ketiadaan kemudahan sistem jalur lebar, dia hanya mampu menyediakan perkhidmatan penggunaan komputer kepada pelanggannya.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] kafe siber

Menurutnya, masalah ini berlanjutan hampir lima tahun, apabila kabel komunikasi dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

“Kejadian itu bukan sahaja memberi kesan kepada sistem komunikasi internet, tetapi turut menyebabkan penduduk tidak dapat menggunakan telefon. “Saya menghubungi pihak terbabit, namun alasan yang diberi amat mendukacitakan,” katanya, semalam.

Suhaili berkata, kakitangan terbabit memberi alasan kawasan ini sering mengalami kes kecurian kabel, maka tindakan menggantikan kabel baru, hanya akan merugikan pihak berkenaan.

Disebabkan kejadian itu katanya, penduduk dari Kampung Lubok Stol, Telaga Mas, Rahmat, Kampung Siam dan banyak lagi tidak menerima kemudahan komunikasi.

Menurutnya, dia turut mencuba kaedah baru menggunakan sistem tanpa wayar (wifi), namun masalah yang sama berulang, apabila kedudukan kampung ini agak jauh dan tidak dapat menerima gelombang internet.

“Sepatutnya pihak berkenaan mencari alternatif lain, menggantikan kabel yang dicuri kerana ia adalah keperluan utama penduduk di kawasan ini.

“Mereka tidak sepatutnya lepas tangan, kerana kemudahan internet adalah salah satu keperluan kepada penduduk terutama pelajar,” katanya.

Kejadian ini katanya, menyebabkan jurang komunikasi penduduk di kawasan luar bandar semakin luas berbanding penduduk di bandar. -sinarharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *