Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan penawaran perkhidmatan IPTVnya, HyppTV yang dikuasakan UniFi, untuk pelanggan dan bakal pelanggan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps di seluruh negara selain pengguna peranti pelbagai paparan di mana-mana saja bermula 1 Ogos ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] hypptv streamyx

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, serentak pelancaran itu, pelanggan sedia ada dan baru turut ditawarkan perkhidmatan HyppTV Everywhere yang membolehkan pelanggan UniFi dan Streamyx (4Mbps dan 8Mbps) menonton HyppTV di mana-mana dan bila-bila masa menggunakan pelbagai peranti.

“Penawaran ini membolehkan syarikat mengembangkan capaian perkhidmatan IPTV selain peningkatan nilai kepada pelanggan. “Perkhidmatan ini juga seiring dengan aspirasi TM untuk membawakan gaya hidup digital yang mudah dan bersepadu kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran itu di sini, semalam.

Majlis semalam dilancarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan turut dihadiri Pengerusi TM Datuk Dr Halim Shafie.

Mengulas lanjut, Zamzamzairani berkata, sebelum ini, HyppTV hanya terdapat di kawasan ekonomi berimpak tinggi seperti Lembah Klang, Wilayah Iskandar di Johor dan di sekitar kawasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Kelebihan HyppTV

“Satu kelebihan siaran HyppTV adalah ia tetap boleh ditonton walaupun dalam keadaan cuaca buruk,” katanya. HyppTV merupakan perkhidmatan IPTV paling pesat berkembang di Malaysia yang menawarkan 109 saluran dengan 27 saluran dalam bentuk definisi tinggi (HD).

Untuk pelanggan Streamyx 8Mbps sedia ada dan baru, HyppTV akan ditawarkan sebahagian daripada pakej tiga serangkainya iaitu suara, Internet dan Internet-Protokol Televisyen (IPTV) pada harga RM160 sebulan dengan 17 saluran percuma.

Pelanggan Streamyx 4Mbps yang pada masa ini pula menikmati perkhidmatan dua serangkai, HyppTV ditawarkan sebagai pilihan tambahan pada kadar RM30 sebluan. HyppTV Everywhere ditawarkan sebagai perkhidmatan tambahan kepada pelanggan sedia ada UniFi dan Streamyx (4Mbps dan 8Mbps) untuk menonton kandungan HyppTV melalui pelbagai peranti.

“Pelanggan HyppTV hanya perlu membayar serendah RM5 sebulan untuk dua peranti atau RM10 sebulan untuk lima peranti. Untuk promosi pengenalan, semua pelanggan UniFi dan Streamyx boleh menikmati perkhidmatan HyppTV Everywhere untuk dua peranti secara percuma mulai 1 Ogos hingga 30 September ini,” katanya. -hmetro

admin
admin

1 Comment

  1. Hypptv Everywhere Pc Login | Get Latest Information
    09/08/2022

    […] HyppTV kini boleh dilanggan oleh pengguna Streamyx […]

Would you like to share your thoughts?