PERKHIDMATAN televisyen satelit langganan percuma Astro Malaysia Holdings Bhd, NJOI, dijangka menyaksikan pertumbuhan penonton yang positif pada tahun ini, berikutan pelancaran rangkaian tambahan melalui tawaran prabayar terbaharunya.
MANAGEMENT and Science University (MSU) akan meningkatkan penggunaan kemudahan teknologi maklumat (ICT) berkaitan industri dalam pembelajaran di universiti itu dengan kerjasama Excel Force MSC Bhd (EForce).
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan usahawan perusahaan kecil dan sederhana PKS di Malaysia masih dianggap rendah sedangkan ia adalah antara medium yang paling mudah untuk menjana keuntungan dan berhubung dengan pelanggan atau bakal pelanggan.
ACER Sales & Services Sdn Bhd (Acer Malaysia) memperkenalkan rangkaian produk baru yang terdiri daripada komputer riba Acer Aspire P3, R7 dan V Series.
PERKHIDMATAN mesej sosial WeChat mengumumkan jumlah pengguna berdaftarnya telah mencapai 50 juta orang di seluruh dunia, baru-baru ini.
SAMSUNG Electronics Co Ltd (Samsung) mengumumkan jualan bagi telefon pintar terbaru keluarannya, Galaxy S4 telah terjual 10 juta unit di seluruh dunia, atau empat unit setiap saat, sejak ia dilancarkan secara global pada 27 April lalu.
Kuala Lumpur: Lazada, pengendali laman web e-dagang terkemuka, menjadikan Malaysia sebagai pasaran utamanya di Asia Tenggara memandangkan negara ini mempunyai kadar penembusan Internet meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
KUALA LUMPUR – Yes, perkhidmatan Internet mudah alih dengan suara terpantas, hari ini melancarkan chromebook 4G Samsung pertama di dunia yang dimajukan bersama oleh Google dan Samsung, di Malaysia. Chromebook itu direka bentuk untuk disesuaikan dengan ID Yes, dengan menyediakan daya hubung Internet mudah alih berkelajuan tinggi hingga 20Mbss melalui rangkaian 4G Yes.
INTEL Malaysia (Intel) akan menganjurkan program tukar beli komputer, di mana orang ramai boleh menebus rebat sehingga RM300 sebagai pertukaran sebarang jenama komputer peribadi (PC) lama dengan pemproses Intel bagi pembelian PC baru melalui kempen Generation Today.
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!
- 1
- 2