PERKHIDMATAN televisyen satelit langganan percuma Astro Malaysia Holdings Bhd, NJOI, dijangka menyaksikan pertumbuhan penonton yang positif pada tahun ini, berikutan pelancaran rangkaian tambahan melalui tawaran prabayar terbaharunya.
[adsenseyu6] | ![]() |
Astro telah melancarkan NJOI pada tahun lepas, yang memberikan para penonton akses terhadap 19 rangkaian TV dan 20 rangkaian radio, dengan hanya mengenakan caj sekali bayaran sahaja.
Perbezaan antara Astro dan NJOI ialah Astro adalah TV berbayar dengan mengenakan bayaran bulanan manakala NJOI adalah langganan percuma di mana pelanggan perlu melakukan satu kali pembayaran RM308 dan dikenakan fi pemasangan RM100. Naib Presiden Segmen Perniagaan NJOI Shaiful Subhan berkata perkhidmatan itu telah menarik 209,000 pelanggan sejak pelancaran komersil.
Pelanggan Njoi semakin bertambah
“Bilangan pelanggan kami masih berkembang dan kami percaya dengan adanya rangkaian tambahan dan tawaran prabayar terbaharu itu, asas pelanggan akan berkembang,” katanya pada taklimat media di sini hari ini.
Bagaimana pun, beliau enggan mendedahkan sebarang perangkaan sehingga dilakukan pengumuman keputusan suku pertama Astro. Kedua-dua pelanggan sedia ada dan baharu kini diberi opsyen memilih dan membeli program tambahan berasas sesuatu rangkaian (a la carte) dengan kredit prabayar baharu RM5, RM10 atau RM20.
“Sebaik selesai menambah kredit masing-masing, mereka boleh terus membeli sebarang rangkaian yang ingin ditonton berasaskan ketersediaan rangkaian yang dibuat pada prabayar berkenaan,” katanya. Shaiful berkata, sebelum ini, para pelanggan perkhidmatan TV satelit hanya boleh memilih pek prabayar yang mengandungi beberapa pek rangkaian yang dipakejkan bersama-sama.
“Kini, kami menawarkan rangkaian secara individu kepada pelanggan NJOI bagi memenuhi keperluan, keutamaan dan bajet masing-masing,” katanya sambil menyatakan kos program itu ialah antara RM2-RM15 bagi tempoh dua hari hingga sebulan. Dengan adanya rangkaian tambahan itu, NJOI kini mempunyai 30 rangkaian, iaitu Astro Bella, Astro Citra, Astro Warna, Astro Shuang Xing dan Thangathirai. – Bernama