MANAGEMENT and Science University (MSU) akan meningkatkan penggunaan kemudahan teknologi maklumat (ICT) berkaitan industri dalam pembelajaran di universiti itu dengan kerjasama Excel Force MSC Bhd (EForce).

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] msu kemudahan ict

Menurut MSU, kerjasama itu merangkumi penggunaan kemudahan EForce dalam aspek pembelajaran, latihan dan penyelidikan serta pembangunan program pertukaran kepakaran dan program pembangunan eksekutif bagi pelajar dan kakitangan MSU.

Usaha itu juga sebahagian perancangan strategik MSU untuk menyuntik komponen industri dalam kurikulum program pengajiannya serta menyumbang kepada pengantarabangsaan pendidikan tingginya.

Memperkasakan Industri ICT

“Kerjasama ini dilihat mampu meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran graduan MSU selain memperluaskan lagi kerjasama MSU dengan rakan industri seterusnya memperkasakan input industri dalam kurikulum program pengajiannya.

“Perjanjian ini antara lain merangkumi aspek seperti ceramah industri, penempatan latihan industri dan peluang pekerjaan di dalam dan luar negara, dan EForce juga akan menyumbang kepada graduan terbaik dalam majlis konvokesyen MSU,” menurut universiti itu dalam satu kenyataan.

EForce yang ditubuhkan pada 1994 adalah syarikat teknologi maklumat pertama di Malaysia dalam penyediaan penyelesaian perniagaan yang menyeluruh dan terbukti di pasaran bagi industri pasaran saham.

Sementara itu, Pengarah Urusan, EForce Jeff Wang turut dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Sains Maklumat dan Kejuruteraan MSU. -sinarharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *