INTEL Malaysia (Intel) akan menganjurkan program tukar beli komputer, di mana orang ramai boleh menebus rebat sehingga RM300 sebagai pertukaran sebarang jenama komputer peribadi (PC) lama dengan pemproses Intel bagi pembelian PC baru melalui kempen Generation Today.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] tukar beli komputer

Kempen yang dilancarkan semalam itu menyasarkan pengguna yang mahu menaik taraf PC masing-masing kepada jenama yang menggunakan pemproses Intel. Pengurus Jualan Intel bagi Malaysia, Norhizam Kadir berkata, kajian syarikat itu mendapati terdapat kira-kira 300 juta komputer yang berusia lebih daripada empat tahun di seluruh dunia dengan 65 peratus daripadanya terdiri daripada komputer meja.

Kempen Tukar Beli Komputer baru

“Sejak beberapa tahun lalu, pelbagai perkembangan baru berlaku dalam teknologi pengkomputeran. Oleh itu, sekarang adalah masa terbaik untuk menawarkan teknologi terkini yang dimiliki Intel kepada orang ramai,” katanya pada majlis taklimat media kempen itu di Kuala Lumpur, semalam.

Kempen Generation Today akan menawarkan pilihan meluas untuk ultrabook boleh sentuh, tablet boleh ubah dan komputer riba terkini dengan kerjasama lima rakan pengeluar PC iaitu Acer, Asus, Lenovo, HP dan Dell.

“Kami berharap kempen ini akan membantu pengguna PC di negara ini untuk berubah daripada peralatan lama,” katanya.  Kempen Generation Today akan berlangsung dari 22 Mei hingga 31 Disember 2013 melalui jelajah di 14 bandar seluruh tanah air. – sinarharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *