Kuala Lumpur: Lazada, pengendali laman web e-dagang terkemuka, menjadikan Malaysia sebagai pasaran utamanya di Asia Tenggara memandangkan negara ini mempunyai kadar penembusan Internet meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
[adsenseyu6] | ![]() |
Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Igor Pezzilli berkata, kajian yang dijalankan syarikatnya menunjukkan pertumbuhan pelanggan sebanyak 20 peratus bulan ke bulan sejak Lazada menyambut ulang tahun pertamanya April lalu.
“Penembusan Internet menghampiri 60 peratus di negara ini banyak membantu peningkatan jumlah laman web beli-belah online. “Kami bakal meneroka aspek lain termasuk pengenalan aplikasi mudah alih dalam tempoh empat minggu,” katanya ketika ditemui Bisnes Metro selepas pengumuman peraduan ‘Giveaway Extravaganza’ sempena hari raya nanti.
Peraduan Lazada Giveaway Extravaganza
Peraduan bermula 20 Mei hingga 20 Jun 2013 itu menawarkan hadiah utama termasuk kereta Mazda 2 Hatchback dan barangan bernilai lebih RM120,000.
Selain Malaysia, Lazada mempunyai laman web setempat untuk pasaran Vietnam, Filipina, Indonesia dan Thailand. Laman web itu menawarkan lebih 16,000 produk merangkumi elektronik, buku, perkakasan rumah, hiasan, barangan kanak-kanak dan peralatan sukan.