Client Area |
09-7430977
Kami menyediakan tempat dan peralatan untuk disewa bagi mereka yang mencari tempat untuk mengadakan kursus atau bengkel. Bilik latihan berhawa dingin kami boleh memuatkan maksimum 10 peserta (kelas berkomputer) atau 20 peserta (kelas tanpa komputer & meja) pada satu-satu masa. Dengan harga yang berpatutan ditambah kedudukan yang strategik di tengah-tengah bandar Kota Bharu, ejoeSolutions semestinya menjadi pilihan terbaik anda.
Kami juga menyediakan kemudahan seperti penyewaan laptop, desktop & projektor untuk jangkamasa sehari, minggu atau bulan. Kami menyediakan peralatan berkualiti dan terkini untuk keselesaan para pelanggan kami.
Anda boleh mengadakan sebarang jenis kursus / training di sini selagi kursus itu tidak menyalahi undang-undang.
Penginapan peserta juga boleh diuruskan (mengikut hotel-hotel yang kami boleh cadangkan). Jadi anda tidak perlu bersusah payah mencarinya lagi. Kami ada beberapa hotel cadangan yang selesa dan pilihan terbaik untuk penginapan anda dan peserta kursus terutamanya Tune Hotel yang jaraknya beberapa meter dari bangunan KB Cyber Plaza. Anda juga boleh memilih hotel lain yang terdapat di Kota Bharu melalui pautan ini.
| Item | Harga | |
|---|---|---|
| 1 | Bilik Training - 10 peserta (Kerusi dengan meja) - 20 peserta (Kerusi sahaja) |
RM 100 Sehari (9 pagi – 5 petang) RM 60 (8 malam – 11 malam) |
| 4 | Laptop | RM 100 Sehari |
| 5 | Toshiba 42′ LCD TV | RM 50 Sehari |
| 6 | Acer Projector | RM 100 Sehari |
Bilik training kami dilengkapi dengan kerusi & meja yang selesa serta LCD TV 42 inci & white board. Wifi juga disediakan secara percuma serta kemudahan surau dan tandas yang berasingan untuk keselesaan peserta. Kami juga mempunyai kemudahan parking yang luas samada berbayar (dibawah bangunan KB Cyber Plaza) atau Percuma (Sekitar bangunan KB Cyber Plaza atau Parking KB Mall)