SEOUL: Tujuh remaja Korea Selatan disoal siasat berhubung serangan siber ke atas laman sesawang Kementerian Kesamaan Jantina dan Keluarga sebagai protes larangan bermain video dalam Internet waktu malam, kata polis semalam. Suspek, termasuk tiga pelajar sekolah menengah, didakwa merancang serangan DDOS (distributed denial of service) bulan lalu. Polis berkata, serangan itu dibuat sebagai protes larangan […]
MELAKA: Bermodalkan kepakaran menggodam Internet, penyamun online dipercayai mengaut keuntungan kira-kira RM500,000 dalam tempoh dua bulan daripada sebuah syarikat pengeluar jubin apabila dapat memintas urusan perbualan syarikat itu bersama pelanggannya dalam Internet.
RIYADH: Hackers Israel yang menggunakan nama IDF-TEAM, membalas dendam serangan Arab Saudi terhadap Bursa Saham Tel Aviv dalam pusingan terbaru perang siber.
BAITULMAQDIS: Sekumpulan penggodam Arab Saudi yang menggelar diri mereka ‘group-xp’ mendedahkan butir lebih 6,000 kad kredit warga Israel di atas talian, perbuatan kedua seumpamanya dalam masa tiga hari selepas 400,000 credit card digodam. Radio Tentera Israel melaporkan semalam, butir mengenai kejadian terbaru itu didedahkan semalam dalam Internet oleh seorang penggodam yang menggunakan nama ‘OxOmar,’ daripada […]
KAHERAH: Kumpulan penggodam Anonymous yang sebelum ini melakukan tindakan terhadap pengedar dadah Mexico dan pasukan keselamatan Israel kini menemui sasaran terbaru, kumpulan Ikhwanul Muslimin Mesir. “Ikhwanul Muslimim menjadi satu sasaran kepada kebangkitan yang diperjuangkan Mesir. Mereka cuba memusnahkan kedaulatan penduduk Mesir dan juga negara lain termasuk Amerika Syarikat,” kata kumpulan itu dalam satu kiriman ke […]
MIAMI: Seorang penggodam komputer yang didakwa menggodam akaun e-mel bintang Hollywood termasuk Scarlett Johansson meminta maaf dan berkata dia merancang untuk mengaku bersalah atas semua tuduhan. Christopher Chaney, 35, berdepan hukuman penjara 121 tahun selepas ditahan di Florida kelmarin berikutan penyiasatan selama 11 bulan mendapati dia menggodam kira-kira 50 mangsa termasuk aktres Christina Aguilera dan […]
BEIRUT: Dua kumpulan aktivis online hari ini mendakwa mereka berjaya menggodam beberapa laman web rasmi Syria dalam taktik terbaru untuk menentang rejim Presiden Bashar Assad. Penggodam Online RevoluSec dan Anonymous mengakui mereka adalah di sebalik serangan Internet yang terbaru, yang mensasarkan laman web beberapa kementerian dan bandar raya utama Syria. Aktivis itu berkata, mereka menggantikan […]
DAMMAM: Seorang wanita Alkhobar yang kini menuntut di Amerika Syarikat dipuji kerana mengambil inisiatif godam laman web Denmark yang menghina Nabi Muhammad SAW, lapor akhbar Madinah kelmarin.
PBB, ASEAN, IOC antara diserang sejak 2006 BOSTON: Sistem komputer 72 pertubuhan global termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerajaan dan organisasi menjadi sasaran serangan siber sejak lima tahun lalu, berdasarkan laporan pakar keselamatan. Syarikat keselamatan McAfee yang menemui pencerobohan itu percaya sebuah negara menjadi dalang serangan itu tetapi enggan menamakannya meskipun pihak lain menuding jari […]
Seperti dijangkakan, Malaysiakini sekali lagi menjadi sasaran serangan penafian perkhidmatan (DOS) yang bermula sejak jam 5 petang ini. Bagaimanapun, infrastruktur pelayan baru Malaysiakini mampu mempertahankan lamanweb itu dan memastikan ia terus dapat dilayari orang ramai. Malaysiakini menjangka serangan akan berterusan dan bertambah rumit dan sengit dalam tempoh 24 jam ini. “Menguruskan serangan DOS sebenarnya adalah […]
- 1
- 2