MULTIMEDIA Development Corporation Sdn Bhd (MDec) menyasarkan perolehan keseluruhan sebanyak RM13 bilion daripada industri kreatif tempatan didorong peningkatan pembangunan dan penerbitan karya serta perkhidmatan yang ditawarkan pemainnya tahun ini.
ANIMONSTA Studios Sdn Bhd (Animonsta) bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal menjalin kerjasama dalam bidang teknologi animasi bagi membina taman tema bergerak Dunia Futuristik BoboiBoy (DFB) bernilai RM1 juta menjelang akhir tahun ini.
OUTLOUD Studios Entertainment Communication Media Group sebuah syarikat komunikasi media hiburan di Malaysia melancarkan projek perkembangan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) iaitu SME Business TV, platform atas talian media untuk komuniti perniagaan kecil dan sederhana (PKS).
Animasi Boboiboy keluaran Animonsta Studios telah melangkah setapak lagi dengan menghasilkan Games Boboiboy Superkick. Setakat ini ia hanya dikeluarkan untuk platform IOS iaitu untuk iphone & ipad.
MELAKA: Cuti penggal persekolahan menjadi lebih bermakna bagi golongan kanak-kanak ketika berkunjung ke Taman Tema Air dan Resort Melaka Wonderland, Ayer Keroh bersama keluarga kerana berpeluang melihat lebih dekat lagi watak animasi kegemaran mereka yang cukup popular masa kini, Boboiboy yang dibawa khas ke taman tema terbabit.
DETROIT: Sejurus sebelum membunuh diri, seorang ibu muda memuat naik gambarnya dalam keadaan menyeramkan di Facebook. Berasal dari Michigan, Cynthia Lee, 23, bergambar bersama rakannya yang memegang sabit dalam gambar sempena Halloween.
WASHINGTON: Wikipedia bercadang ‘bergelap’ hari ini, manakala Google dan laman sesawang lain merancang protes bersama bagi menyatakan kebimbangan terhadap cubaan Kongres Amerika Syarikat menggubal peraturan mengekang aktiviti cetak rompak dalam talian. [adsenseyu7] Wikipedia akan menutup perkhidmatan versi bahasa Inggeris selama 24 jam bagi membantah Akta Menghentikan Cetak Rompak Dalam Talian (SOPA) diperkenalkan AS. Draf […]
Animonsta Studios yang menjangkau umur dua tahun pada 15 September lalu ditubuhkan khusus untuk menerbitkan animasi dalam bentuk siri dan filem. Produk sulung kami, BoBoiBoy ditayangkan di TV3 dan kini saluran Disney Channel Asia yang dapat ditonton di 16 negara.
PETALING JAYA: Kartun Animasi 3D Supertots di TV3 menampilkan karya terbaru anak tempatan yang bakal menjadi ikon selepas Upin Ipin dan BoBoiBoy.
GELAGAT comel kanak-kanak mempunyai kuasa super menentang makhluk asing bergelar Adudu yang berkepala botak dalam siri animasi tiga dimensi (3D) BoBoiBoy cukup menghiburkan dan mencuit hati penonton.
- 1
- 2