OUTLOUD Studios Entertainment Communication Media Group sebuah syarikat komunikasi media hiburan di Malaysia melancarkan projek perkembangan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) iaitu SME Business TV, platform atas talian media untuk komuniti perniagaan kecil dan sederhana (PKS).
[adsenseyu6] | ![]() |
Projek itu dinamakan SMEBusiness dan TV beroperasi awal bulan ini.
Diasaskan pada 2003, outLOUD Studios dijadikan sebagai pusat industri hiburan dan komunikasi media dengan menawarkan pelbagai kemudahan berkaitan industri ini.
SME Business TV berinformasi
“SME Business TV merupakan portal TV yang memberi informasi dan tip-tip kejayaan sesebuah organisasi PKS. Ia terdiri daripada pelbagai pilihan segmen seperti program perniagaan, bual bicara perniagaan, latihan perniagaan dan acara bisnes,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, objektif utama portal ini sebagai platform untuk memberi pendekatan tentang gabungan dua perniagaan iaitu media hiburan dan pendidikan untuk PKS di Malaysia dan seantero dunia.
Selain itu juga, ia dapat memupuk pembangunan perusahaan tempatan terutama membina dan memajukan industri kecil dan sederhana ( IKS ) ke tahap yang mampu menyumbang dana ekonomi negara sekali gus memberi peluang pemilik usahawan kecil sederhana berkembang.
Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutifnya, Ernie Chen berkata, idea ini tercetus kerana syarikat ingin memastikan PKS di Malaysia terus maju di mata dunia.
“SME BusinessTV segar dan terkini dengan menyokong industri IT negara yang lebih relevan dan berinformasi kepada PKS”, katanya. -sinarharian