KOTA BAHARU – Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke V akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji Rabu ini, menurut Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad. Baginda akan berangkat bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa […]
KOTA BHARU 18 Okt. – Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V, dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkutkuasa serta merta. Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat hari ini dengan […]
KOTA BHARU: Tengku Muhammad Faiz Petra, 36, dijangka dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan yang baru, bagi mengisi kekosongan jawatan itu selepas kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan. Sumber memberitahu, upacara pelantikan Tengku Bendahara Kelantan itu yang juga anakanda kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, dijangka diadakan dalam tempoh terdekat. Difahamkan, pemilihan […]
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V berkenan mengedarkan 99 ekor lembu ke seluruh negeri pada 8 Oktober untuk diagihkan kepada rakyat miskin sempena dengan Keputeraan Tuanku Al-Sultan. Pengelola Istana D’Raja Kelantan, Datuk Abdul Halim Ahmad dalam satu kenyataan media semalam berkata bersempena dengan keputeraan itu, program berbentuk keagamaan dan kebajikan diatur Pejabat Sultan Kelantan, Majlis Agama […]
Tuanku Faris guna gelaran Sultan Muhammad Ke-V Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda. Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata penggunaan gelaran itu berkuatkuasa sejak pemashyuran Al-Sultan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. “Al-Sultan […]
KOTA BHARU 13 Sept. – Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini. “Maka dengan ini […]
- 1
- 2