KOTA BHARU 18 Okt. – Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V, dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkutkuasa serta merta.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat hari ini dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian pada 2 petang tadi.
Mohd. Aiseri memberitahu satu sidang akhbar bahawa mesyuarat MPN itu dihadiri oleh 14 daripada 15 anggotanya kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu.
Tengku Muhammad Faiz, 36, adalah anakanda kedua Sultan Ismail Petra daripada empat beradik. Dua lagi ialah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin Aishah Putri. – Bernama
Sebelum ini terdapat ura-ura Tengku Faiz bakal dilantik sebagai Tengku Mahkota.
Tengku Mahkota rasmi penutup Sukan Air Antarabangsa « ejoeSolutions
20/10/2010[…] BHARU, 19 Okt: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra diberi penghormatan untuk merasmikan majlis penutup Sukan Air […]
Ekspo Cheng Ho bermula
27/11/2010[…] perasmian Cheng Ho Expo telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra bertempat di Kelantan Trade Centre […]
Sultan Muhammad V Terima Anugerah Darjah DK Daripada Raja Perlis - ejoeSolutions
04/11/2011[…] berangkat ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail […]
- ejoeSolutions
08/11/2011[…] majlis sama, Tengku Muhammad Faiz Petra juga turut mencemar duli merasmikan Makmal Siber Masjid Al-Sultan Ismail Petra, yang bermatlamat […]
16 masjid utama guna E-Nikah | Action RICH Solution
09/11/2011[…] majlis sama, Tengku Muhammad Faiz Petra juga turut mencemar duli merasmikan Makmal Siber Masjid Al-Sultan Ismail Petra, yang bermatlamat […]
Ribuan saksi ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan - ejoeSolutions
13/11/2011[…] hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, exco-exco […]
Hari Keputeraan Sultan Kelantan dirai - ejoeSolutions
13/11/2011[…] hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, exco-exco […]